PETALING JAYA – Projek pembangunan hartanah mewah milik CORE Precious Development Sdn. Bhd. (CORE Precious) iaitu, CORE Residence @ TRX telah mencapai kadar langganan 70 peratus untuk Tower 1 dan 2.
CORE Precious adalah syarikat usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) dengan WCT Holdings Berhad.
Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd., Zhang Bao berkata, sambutan baik daripada pembeli hartanah adalah baik meskipun negara berdepan dengan beberapa kekangan dan sekatan ekonomi ekoran kesan pandemik yang berlanjutan.
“Sejumlah besar jualan telah dicatat dalam tempoh beberapa bulan terakhir berkat usaha pemasaran digital yang agresif seperti ejen penstriman secara langsung, lawatan rumah secara maya serta kempen media sosial yang kreatif.
“Unit kediaman di CORE Residence @ TRX telah dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari 20 lebih negara dan wilayah Asia,” katanya dalam satu kenyataan.