Projek Kediaman Mewah CORE RESIDENCE @ TRX Terjual 70%

Projek Kediaman Mewah CORE RESIDENCE @ TRX Terjual 70%

DagangNews | 05 Oct, 2021

KUALA LUMPUR 5 Okt. - CORE Precious Development Sdn Bhd (Core Precious) mengumumkan 70% daripada Menara 1 dan 2 projek pembangunan hartanah pegangan bebas mewah, CORE Residence @ TRX telah terjual.

Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd Zhang Bao berkata, disebalik kesan pandemik yang berlanjutan dan kawalan pergerakan di seluruh negara, syarikat terus berjaya mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan hasil daripada usaha pemasaran digital yang agresif seperti menerusi ejen penstriman secara langsung, lawatan rumah secara maya serta kempen media sosial kreatif yang dijalankan.

"Unit kediaman di CORE Residence @ TRX telah dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari lebih 20 buah negara."

"Kelebihan daya saing projek yang unik susulan lokasinya yang strategik, harga yang berpatutan berbanding dengan negara lain serta jaminan peningkatan harga pada masa hadapan, adalah antara sebab mengapa ia menjadi pilihan utama dalam kalangan ekspatriat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelebihan daya saing projek yang unik susulan lokasinya yang berpusat, harga yang berpatutan berbanding dengan negara lain serta jaminan peningkatan harga pada masa hadapan, adalah beberapa sebab mengapa projek ini menjadi pilihan utama dalam kalangan ekspatriat.

Tambah Zhang Bao, pihaknya yakin dapat mencapai 100% kadar ambilan untuk CORE Residence @ TRX sebelum projek itu dijangka siap pada 2023.

Ini kerana katanya masih terdapat permintaan yang tinggi untuk hartanah kediaman mewah di kuala lumpur.

"Kadar harga per kaki persegi di kuala Lumpur yang sangat berpatutan, aksesibiliti mantap dengan perkhidmatan pengangkutan bersepadu dan kualiti hidup yang tinggi menjadikannya destinasi ekspatriat atau persaraan pilihan bagi pembeli luar," katanya.

CORE Residence @ TRX merupakan projek hartanah mewah yang dibangunkan di tanah seluas 1.65 ekar di Dearah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia mempunyai tiga blok kediaman berservis, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion. - DagangNews.com

image